If Tomorrow Never Comes-Ronan Keating

Thursday, May 19, 2011

HUuuuUUuUUuUUUuUU......

Lidah itu tidak bertulang....
Lidah itu lebih tajam daripada sembilu....

Lebih kurang mcm tu la kata pepatah orang tua-tua kita dulu...diorang sangat halus lagi teliti...setiap yang dibicarakan ade hikmah disebaliknya...jadi kite kene la mngambil iktibar dan merenungkan ape yang diperkatakan...mybe xsemua bleh pkai skang ni...tp at least,1 mase dulu pepatah2 ni mmg sangat mnyentap kalbu sesetengah individu...

ok3...perumpamaan yang 1st bermaksud,disebabkan lidahlah kita berpecah belah…bergaduh sesame sendiri…dan disebabkan lidahlah,dosa kita bergunung2 jadinya… perumpamaan yang 2nd tu plak bermaksud kata-kata yang kita keluarkan boleh lebih mnyakitkan hati daripada ditusuk bnde2 tajam pada fizikal kita...

Hatta, disebutkan Allah di dalam Al-Quran bahawa, Allah mengampunkan seseorang yang bertaubat atas kesalahan mereka kerana melanggar perintah-Nya dan berazam untuk tidak mngulangi lagi kesalahan tersebut..NAMUN, jika kamu mempunyai dosa sesama manusia,maka tidak akan diampunkan dosa kamu itu selagi orang yang kamu sakiti itu tidak memaafkan kamu..sesungguhnya Maha Suci Allah, Maha Adil lagi Maha Bijaksana..

Kenapa Allah tak ampunkan dosa kita selagi orang yang kita aniyai atau kita sakiti tu tak maafkan kita??Tu semua kita bleh pikir sendiri..Allah itu Maha Adil..kalo dengan mudah taubat kita diterima,maka manusia biasa seperti kita ni tidak akan bertaubat dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh...TAUBAT akan bertukar jadi TAU BUAT!! Selain tu, Allah berbuat demikian agar kita menjaga hubungan kita sesama manusia. Jaga hubungan dengan Allah, ibu bapa, keluarga, MASYARAKAT, dan seluruh ummat Nabi Muhammad di atas muka bumi ini. Tak kira sama ada individu itu Muslim ataupun tidak, dia tetap umat Nabi Muhammad dan kita mestilah sentiasa mendoakan kesejahteraan diorang dan semoga Allah memberi hidayah pada diorang agar menerima Islam 1 hari nnti.

Tp kite lupe semua tu...kita ego!!!bile bercakap,tak pandai nk elok2...bnde yang bleh cakap baik2,sengaja nk ckp cara tak baik…

Ada plak tu,bile nk wat majlis ilmu,dijemput hadir dan dikenakan bayaran...sanggup tak nak pergi…alasan die,mak bapak tak bagi…bile suruh explain kat mak bapak tentang majlis tu yang sebenar2nya,sanggup lagi ckp “aku lagi rela derhaka kat senior daripada derhaka kat mak bapak aku sendiri”…

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,
Individu yang macam ni la kita bleh klasifikasikan sebagai BODOH SOMBONG!!! Weyh LEMBAB,sape suruh ko derhaka kat mak bapak ko??ko tak nak pergi cakap je la tak nak pergi baik2…bagi la sebab yang munasabah…munasabah ke alasan ko yang mak bapak ko tak bagi pegi??bkn g clubbing ke ape…kalo g situ mmg wajib la mak bapak ko tak bagi pegi…g sane dpt dosa…perangai ko yang cam *** tu pown akan betambah2 ***nye…tp ni g majlis ilmu…g sane dpt pahala, dapat tambah ilmu, tambah pengalaman…g sane pown atas name kolej/sekolah ko…bkn atas nama kongsi gelap 34,35,36,37 ke ape…munasabah ke kalo mak bapak ko tak bagi pegi??atau tu alasan ko sendiri sebab ko memang tak nak pegi??huh!!(oppss…teremosi plak…maaf3…hehehe)

Majlis tu “MAJLIS PERKONGSIAN ILMU & majlis perjumpaan bekas pelajar”…kalo awak tu masih belajar, awak pandang la majlis tu sebagai MAJLIS PERKONGSIAN ILMU…kalo awak rase awak tu bekas pelajar, awak pandang la majlis tu sebagai majlis perjumpaan bekas pelajar…jangan lah awak tu pelajar,tp pandang majlis tu sebagai majlis perjumpaan bekas pelajar atau dengan name lain reunion…BODOH LA NAMENYE TU KAK OIIII!!!pandang la sebagai majlis ilmu…sebab awak tu bukan bekas pelajar dan masih belajar…nk reunion watpe??tak de sebab pown awak nk wat reunion…tiap2 ari tengok muke tu jugak kat sekolah/kolej…naik muak da tengok muke yang same tiap2 ari…btol x ckp aku??

Aku akui la yang aku pown xlah selalu sgt ckp baik2 dgn orang...kita manusia biasa...tp aku sentiasa cuba untuk berwaspada dan berazam agar cara aku berkomunikasi dengan manusia akan berubah..Waimah kalo ade orang ckp mnyakitkan hati aku pun, aku masih BERTOLAK ANSUR dengan diorang...bleh ckp baik2 lg…kalo jmpe bleh senyum lagi...tp kalo da 2,3 kali bermulut jahat, aku pown bleh tunjukkan lidah aku lagi jahat dari diorang..aku pown ade tahap kesabaran aku sendiri… dan tahap kesabaran aku tu pun tak lah setinggi orang lain… dengan kata lain,aku mmg mudah melenting dan naik marah… (Sorry Atiqah sbb jadi mangsa aku lepaskan kebengangan aku arituh…hik3)

Selain tu, menjaga hubungan dengan orang lain juga ade caranya…jangan disebabkan nk jaga hubungan sesama manusia, kita tak jaga hubungan kita dengan Allah…nk lepak kat kedai mamak bleh…tak da hal…pergi la kalo ade masa terluang…tapi bile tibe mase kite mnghadap Allah, pergi la…kalo kawan-kawan kite perli, “sejak bile ko dapat hidayah ni Mat??” kite sengih je…xyah ckp lebih2…mase tu jugak la kite bleh tambah pahala dengan ajak diorang sekali ke surau atau ke masjid atau berjemaah je kat rumah kalo xsempat…sekali kite ajak,berpuluh2 kali ganda pahala kita dapat…baru ajak…kalo diorang ikut,berganda2 lah puluh2 kali ganda tadi tu…MasyaAllah…mudahnya nk dapat pahala…kan3??hek3…

Andaikata kita tak suke dgn seseorang,lebih baik kita senyap dan jauhi urusan orang tu…lepas tu berdoalah agar orang tu berubah jadi seorang yang lebih baik pada masa akan datang…tak payah la kita nk perli2 atau melepaskan kata2 yang bleh mnyakitkan hati orang…atau komen2/post2 yang sewaktu dengannya…

Sebelum mengakhiri post ni, aku nk memohon maaf sekiranya ada terkasar bahasa atau ade yang terasa dengan post aku nih…akhir sekali renung2kan lah kata2 nih:

Hasan Basri menyebutkan, bahwa perbicaraan tanpa hikmat itu kosong, diam diri tanpa tafakur itu bererti lengah dan pandangan yang tak berguna itu sia-sia.”



Assalamualaikum................