If Tomorrow Never Comes-Ronan Keating

Friday, September 23, 2011

Tolong la cari class rep lain dan biarkan saya belajar dengan tenang....

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh...

Hari ini, rase rajin plak nak update blog...hahaha....Actually, takde ape2 citer yang seronok dikongsi pown...cume nak citer sikit tentang kelemahan diri ini yang sepatutnye boleh diteladani oleh orang lain...

Semenjak berada di menara gading ni, saya selalu terpikir tentang diri saya sendiri...Dulu, saya takut untuk berada di universiti sebab takut dengan godaan2 kat sini... Mase mule2 melangkah kaki sebagai pelajar, macam2 rase ade...Nervous, takut, happy dan lain-lain bercampur-baur dalam diri ni...Mase mule2 start kelas, rase sangat seronok sebab dapat tahu care belajar di universiti...

Memang tak mudah hidup di universiti...sangat susah dan mencabar...tapi saya still cube utk survive...2minggu di sini, keadaannye sangat berbeza dari dunia yang saya kenali dulu semasa duduk di bangku sekolah...Saya gembira sebab saya tak dikenali...hidup baru dan tanpa rasa ade tanggungjawab yang besar...sangat mengujakan...hahaha...

Tapi sekarang, bile da jadi class rep, terasa diri ni terbebabn sangat2...bukanlah nak salahkan lecturer sbb pilih saya sebagai class rep...tapi saya bukanlah orang yg tepat sebab saya bukanlah seorang yg bertanggungjawab atas tugas saya...Sayangnye,kata2 tu cume terluah dalam hati ni je mase tuh...haha...sangat berat hati ni untuk menerima jawatan berkenaan...semenjak dari harituh, terasa dunia ni penuh dgn beban yang terpaksa ditanggung sendiri...seronoknye jadi pelajar lain...tak payah ambil tahu pasal ape2...kalau ade masalah,lecturer akan cari saya dulu...ambil barang,cari saya dulu...ape2 pown saya yg akan ditanye dulu...dalam mase yang same,orang lain boleh fokus pada diorang punye study...tanpa ade ape2 gangguan...

Saya lebih suke dilihat sebagai orang biasa yang tak ade ape2 keistimewaan...tak seronok pun ade tanggungjawab yang besar2...nak jage diri sendiri pun masih terkontang kanting...ni plak nk tolong orang....sangat susah boss...hahaha...biarlah orang tak kenal saya...yang penting saya boleh study dan dapatkan Dean List setiap sem....

Saya bukan lah macam orang lain yang boleh membahagikan masa mereka dgn baik...saya cume seorang pelajar lepasan STPM yang jahil dan lembab....Saya tak patut diberi kepercayaan macam ni...tolong la guys...korang cari la class rep lain...aku tak cukup baik utk korang...aku cume nak study dan dptkan Dean List je setiap sem...aku tak nak tau ape2 pown pasal benda lain...tolong la...aku mintak tolong sangat nih...tolong cari class rep lain...dan bagi aku peluang untuk study dgn cara aku...terima kasih~~huuuuuuu~~~

Friday, September 16, 2011

‎25 Senarai Perempuan Murahan Malaya

1. Berambut perang..tak pun rambut kaler merah highlight sikit-sikit budget Avril

2. Kau pintal-pintal rambut kat public dengan lidah terjelir-jelir..kau nak jadi pornstar eh?

3. Snap gambar dari atas, buat duck face & kau upload kat Facebook..geli doh tengok..kalau 1 album nama kau, dalam tu semua muka itik kau. Muka penuh depan kamera..semuat-muat frame..bodoh

4. Kau rasa comel bila kau type message 'ewww..jum lepak..busyan lorh...umah tadew orang..pakwe gie maen futsal pulark..busyan busyan! T__T' macam shit kau tahu tak

5. Kau kerek bila kau makan kat fastfood ngan member-member kau..kau snap gamba sana-sini macam tempat tu tak de orang..annoying taek!

6. Kau pakai baju nampak lurah tetek kau pegi jalan-jalan kat bandar..kau seronok lah abang misai pandang pastu tulis kat facebook 'nyampah nyew adew abang misai usya-usya kitew..tark syukew tark syukew larh' Perosak bahasa sial.

7. Annoying doh tengok kau peluk laki or balak kau dekat public or shopping complex..kalau sangap sangat g rumah tumpangan RM30/nett

8. Kau pakai tudung tapi kau pakai jeans yang abang misai dari jauh boleh nampak shape bontot kau yang jatuh tu..lagi-lagi kalau lepas duduk, terselit 'celapong' (celah ponggong a.k.a pungkoq)

9. Macam shit bila kau tulis kat facebook yang kau tengah tension, tengah sakit perut, tengah happy..weh..asal time berak kau tak tulis sekali 'kitew tengah berak..syuke syuke ^__^'

10. Kau saje ubah-ubah relationship status kat facebook..kononnye kau ni macam best kejap Single, kejap in relation, kejap open..asal kau tak bubuh 'I am Lesbian'

11. Nyampah tahu tak kalau kau tak reti bawak barang shopping sendiri..padahal 2 3 plastik je..tu pun nak suruh balak kau..balak kau nyampah ok..bukan suka pun

12. Sikit-sikit kau ngadu kat member-member kau yang kau ada stalker kat kelas, kat office..konon kau tak tahu nak buat ape..ape doh perangai kau

13. Kau bisik-bisik ngan member kau yang duduk semeja..padahal dekat meja tu tengah lepak 4 5 orang

15. Bila kau lepak ngan member yang hot stuff, hensem-hensem, kool, kau tak pulak nak tegur member kau yang pakai tudung serabai plus muka berminyak 'she's not my friends..please lah'

16. Kau tenung-tenung mamat yang cam kool supaya mamat cam kool tu perasan kewujudan kau sambil buat muka tahi

17. Kau order makanan itu ini sebab gambar dekat menu cantik..tapi bila makan 3 4 sudu kau cakap tak sedap..lepas tu tak habis..lepas tu ngadu lapar..g makan kat tempat lain pulak..nak terajang muka kau siot

18. Kau tak pandai buat tu, buat ni..tanak pegang tu, pegang ni..alasan kau kotor, jijik..habis sapa yang nak buat kan?

19. Pakai tudung, baju kurung, manis..dalam wayang, dalam kereta, huih....bukan main sandar-sandar, peluk-peluk, ramas-ramas..baik tak payah pakai tu semua..selalu nampak kat highway

20. Kau cerewet..kena buat semua benda macam kau nak..kalau tak sama macam kau nak, kau angin, kau merajuk, kau marah..cuba kalau kau buat kerja yang orang cerewet macam kau..muncung je mulut kau

21. Kau merajuk ngan mak kau, kau merajuk ngan bapak kau, pakwe pun buat taek ngan kau..kau ngamok, marah, benci & merajuk..last-last kau decide kau bunuh diri..terjun dr bumbung Pavi..tapi tak mati pun..silap-silap kena buang keluarga..lagi shit hidup kau

22. Lepak ngan sekutu gediks kau ketawa kuat kuat, buat onar..masing masing dressed up fancy nak mampos. Skali awek pakai tudung litup melintas korang pakat usya atas bawah atas bawah ramai2. pandangan jijik like 'eww she dont have style..yucks' emang gud gud la kau

23. Mekap tebal ala ala mak ayam..atas mata tu dah macam pelangi..tambah plak bulu mata palsu..klip pah kip pah mata tu dah macam berus cat..kelopak mata tak larat nak angkat..cam sial.. satu level ngan bapok belakang lorong haji taib..

24. Pakai baju sikit lagi nak 6pak puting..lengan himpit tetek bagi terkepit..konon nak bagi nampak lurah lebih menonjol pastuh snap gamba dari atas supaya nampak yg dalam baju tu... buat pulak muka bersyahwat sambil lidah terkeluar.. what the hell..saje menambah bilangan owang laki masuk narakka jahanam

25. Kau buat facebook ni macam medan memperagakan diri..kau upload beribu ribu gamba muka kau je sampai 10 album.. bila ade org puji kau jawab 'ala shayer tark syomel pown..beshe beshe jew' nyampah siot

Nauzubillah !

Friday, August 12, 2011

Bismillahirrahmanirrahim…

            Masalah sosial dalam masyarakat hari ini semakin membimbangkan. Terbaru, sebuah gereja di Damansara Utama telah diserbu oleh pihak berkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan mendapati seramai 12 orang Islam menyertai sebuah makan malam yang mencurigakan dipercayai adalah untuk memurtadkan diri mereka. Memetik petikan akhbar Harian Metro bertarikh 7 Ogos 2011, salah seorang yang ditahan yang hanya ingin dikenali sebagai Nur memberitahu bahawa dia terpaksa menerima bantuan daripada pihak gereja berikutan masalah kesempitan wang dan hidup. Ternyata banyak masalah yang berlaku dalam kalangan masyarakat kita ini berkait rapat dengan ekonomi dan taraf hidup masyarakat.

            Disebabkan masalah-masalah sosial yang dihadapi masyarakat pada hari ini, saya sebagai pelajar yang akan menyambung pegajian ke peringkat ijazah telah membuat keputusan untuk menyambung pelajaran saya dalam bidang Sains Pentadbiran di Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Shah Alam. Ditanya mengapa saya memilih jurusan Sains Pentadbiran? Hal ini disebabkan bidang ini mempunyai kaitan yang sangat rapat dalam hal-hal berkaitan ekonomi, perundangan, dan pengurusan kewangan. Selain itu, bidang ini juga menitik beratkan hubungan antara kaum yang menjadi tunjang kemakmuran Negara kita selama ini. Hal ini dapat dibuktikan dengan adanya subjek “Hubungan Antara Etnik (Ethnic Relations)” pada semester yang ke 3. Perkara yang paling penting ialah jurusan ini juga menitik beratkan penerapan nilai ekonomi Islam dimana pelajar perlu lulus subjek “Ekonomi Islam (Islamic Economy)” pada semester yang ke 4. Secara umumnya, jurusan ini adalah lebih kepada pemelajaran dalam bidang ekonomi dan pentadbiran ekonomi. Penguasaan ekonomi masyarakat Melayu yang masih berada pada tahap sangat rendah juga merupakan salah satu sebab saya memilih jurusan ini dalam peringkat ijazah.

Tuan yang mulia,
Sepertimana firman Allah di dalam Al-Quran yang bermaksud,
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri”.
Surah Ar-Ra'd (ayat 11)                  

Jadi, tujuan utama saya mendalami bidang ini adalah untuk mengubah nasib bangsa dan agama Islam dalam Negara kita yang merdeka ini. Harus kita ketahui keadaan Negara kita yang sebenarnya tidak stabil dari segi sosioekonominya. Kaum Cina menguasai hampir 90% ekonomi di Negara kita. Kaum India pula menguasai bidang pendidikan. Dapat kita lihat penguasaan mereka semakin hari, semakin ketara. Sedangkan kaum Melayu cuma masih berkuasa dalam bidang politik. Kita tiada tempat dalam bidang ekonomi dan pendidikan. Jika institusi politik kita jatuh, maka tiada lagi Tanah Melayu dalam peta dunia. Dalam menjaga kepentingan kaum Melayu dan keistimewaannya, selaras dengan Perkara 153 dalam Perlembagaan Malaysia, ilmu dan sifat kepimpinan perlu dipupuk sedari awal lagi. Terutamanya dalam kalangan pemuda dan pemudi Melayu yang semakin hari, semakin hanyut dibuai mimpi indah dalam alam percintaan. Mereka semakin berpaling dari ajaran agama Islam. Sehingga ramai dalam kalangan pemuda dan pemudi Melayu akhirnya murtad dari agama Islam. Ini dapat dibuktikan dengan wujudnya satu kumpulan di laman sosial ‘Facebook’, Murtads in Malaysia and Singapore mempunyai hampir 500 orang ahli yang kebanyakannya adalah pemuda Melayu. Hanya dengan cara menuntut ilmu dan mempelajari hukum agama sahaja dapat mencegah daripada merebaknya “penyakit” murtad ini ke peringkat yang lebih kritikal.

            Selain itu, Rasulullah S.A.W bersabda yang membawa maksud :
Rasulullah S.A.W bersabda : "Allah melaknat pemakan riba, pembayarnya, penulisnya dan dua orang saksinya ."
(Riwayat Daraqutni daripada Abdullah bin Handullah)
Jelas di sini Rasulullah S.A.W telah memberi amaran kepada kita bahawa Allah S.W.T melarang kita daripada mengamalkan sistem riba’ ataupun mempunyai kaitan dengan sistem itu. Dapat kita lihat hari ini, kehidupan kita kebanyakannya terdedah kepada amalan riba seperti pinjaman bank yang mempunyai faedah pinjaman, bayaran ansuran bulanan kenderaan, pulangan saham dalam syarikat dan bermacam-macam lagi. Dalam bidang Sains Pentadbiran semester ke 4, pelajar perlu mempelajari mengenai Ekonomi Islam yang berlandaskan syarak. Dengan itu, generasi yang akan memimpin pada masa hadapan dapat membuat perubahan kepada system ekonomi Malaysia yang masih berkait dengan amalan riba yang sebenarnya tidak menguntungkan sesiapa dan menyebabkan golongan kaya menjadi bertambah kaya manakala golongan miskin menjadi bertambah miskin. Ekonomi Islam yang kini semakin diperkatakan di seluruh dunia mempunyai nilai yang sangat tinggi dalam pasaran. Nilai Dinar Emas di seluruh dunia yang sangat kukuh semakin diperakui oleh Negara kuasa ekonomi antarabangsa seperti Amerika Syarikat. Jadi, subjek ini sebenarnya membuka lebih banyak peluang kepada graduan untuk mencuba sesuatu yang baru; sekaligus, dapat menyelamatkan Negara daripada krisis ekonomi dunia yang terlalu bergantung kepada Amerika Syarikat dan yang paling penting, dapat mencegah kita daripada terus melakukan amalan riba.

            Seterusnya adalah mengenai UiTM Shah Alam, tempat di mana saya akan menuntut nanti. UiTM Shah Alam pada asalnya adalah Institut Teknologi Mara (ITM) yang dulunya merupakan sebuah institusi yang menghasilkan ramai graduan berkualiti dan berkebolehan. Namun, graduan hari ini sering mengambil mudah mengenai akademik mereka. Setibanya di universiti, mereka lebih banyak menghabiskan masa untuk mencari kekasih, bermadu asmara, dan melakukan perkara-perkara terkutuk seperti zina, berkhalwat dan lain-lain. Gejala berpasang-pasangan pula seperti trend yang tidak boleh ditinggalkan. Mempunyai kekasih yang belum mempunyai ikatan yang sah seperti keperluan yang tidak boleh ditinggalkan mahasiswa dan mahasiswi masa kini. Di sebabkan itu, saya berasa, adalah merupakan tanggung jawab saya untuk memperbetulkan keadaan ini. Saya berharap, ramai graduan yang sedar akan kesalahan mereka dari hukum syarak dan bertaubat selepas sekian lama bergelumang dengan dosa zina. Selaras dengan firman Allah dalam surah Al-Isra’, ayat 32 yang bermaksud,

“Dan janganlah kamu menghampiri zina. Sesungguhnya zina itu merupakan jalan yang keji dan jalan yang jahat.”


            Akhir sekali, saya berharap akan ada pihak yang sudi membantu saya dalam memperjuangkan kepentingan bangsa dan agama dalam Negara kita. Saya juga berharap agar ada sahabat-sahabat yang mempunyai perjuangan yang sma dengan saya di sana nanti. Dan semoga Allah sentiasa memberkati kita dan membalasnya dengan kebaikan. Kerana ada ulama’ yang pernah memberitahu saya dalam kuliah agamanya, Nabi S.A.W memberitahu sahabat bahawa pada akhir zaman nanti, golongan yang memperjuangkan agama adalah terdiri daripada golongan-golongan yang jahil, manakala golongan yang mempunyai ilmu pula senyap dan mendustakan ayat-ayat Allah…Nauzubikahiminzalik.

Sunday, August 7, 2011

Tuhan, kenapa aku masih berada di sini? Bukankah aku dahulu selalu bersedekah di masjid-masjid? Bukankah aku dahulu sentiasa membantu sahabat-sahabatku yang kesusahan? Bukankah aku dahulu sentiasa memberi peringatan kepada sahabat-sahabatku? Kenapa aku masih ada di Neraka-Mu ini?

Tuhan, mana pergi amalan-amalan baik yang aku lakukan dahulu? Tidakkah aku telah menggunakan kudratku untuk jalan dakwah? Oh Tuhan. Dengarlah rintihan aku ini.

(Tiba-tiba)

Tangannya terangkat dan berkata, "Aku dahulu memasukkan duit ke dalam tabung kerana aku inginkan pujian sahabat-sahabatku terutamanya mereka yang berlainan jantina denganku."

Kakinya tiba-tiba bersuara,'aku berjalan pergi berdakwah semata-mata ingin menonjolkan diriku di hadapan orang lain bahawa aku ini seorang yang Alim dan Soleh. Aku ingin manusia melihat betapa aku ini hebat berdakwah dan kaya dengan ilmu agama.'

Mulutnya tiba-tiba menyanggah, 'ah, kau ni. Kononnya mulut kau ini kau gunakan untuk mengingatkan sahabat-sahabat kau, tetapi hakikatnya kau tidak mengamalkannya! Kau suruh orang jauhi zina tetapi kau dengan mudah ber'chit chat' dengan teman-temanmu yang berlainan jantina dan bercakap perkara-perkara yang tidak sepatutnya! Kau suruh orang bersedekah dan berbuat baik, tetapi diri kau? Pernah kau cerminkan diri kau? berapa banyak harta kau yang kau laburkan untuk Akhirat? dan berapa peratus nilai keihklasanmu di dalamnya?

Telinga yang hanya mendengar dari tadi turut tidak melepaskan peluang.'Hey hey, nanti dulu. Kau jangan lupa, telinga kau ni, kau gunakan untuk apa? Ingat tidak pada suatu ketika dahulu, kau menggunakannya untuk mendengar lembut suara si dia yang bukan muhrim mu? Apa kau sudah lupa ketika nafsu kau sudah menewaskan akal dan Iman mu, kau asyik dalam kecintaan kau pada dia yang tidak halal bagimu? Apa kau ingat semua ini bukan dosa? Mana perginya tazkirah yang kau beri dahulu kepada teman-temanmu? Apa yang kau ingatkan mereka? Sudah lupa? Kau mengatakan La Takrabu Zina. Punya kau bersemangat memberi ceramah mengenai bahaya pujuk rayu Syaitan, tetapi mengapa kau yang tertewas dengan pujuk rayu si Durjana tu?

Hati yang kehitam hitaman tiba-tiba mencelah, "itulah kau manusia. Sudah kerugian kau di sini bukan? Bukankah Guru-guru mu sentiasa berpesan, pastikan kau lakukan sesuatu dengan niat yang ikhlas. Bukankah kau sudah tahu benar segala amalan tanpa niat yang ikhlas umpama buih di lautan. Segala kebaikanmu itu habis hancur berkecai. Dahulu bila kau dianugerahkan dengan nikmat yang banyak, kau lupa diri.

Kau sombong! Keihklasanmu lenyap sekelip mata. Syukur mu kian menipis. Bongkak mu kian meninggi. Apa kau sudah lupa hakikatnya kau cuma manusia lemah ciptaan Si Maha Besar? Bukankah sifat sombong hanya milik mutlak Allah? Kau tahu bukan si durjana Iblis dihalau dari Syurga kerana kesombongannya? Si Firauan binasa kerana bongkaknya? Si namrud dihina kerana takburnya? Jadi kenapa kau tidak belajar dari pengajaran ini?

Betapa dirimu rugi hari ini wahai manusia. Andai didunia dahulu kau mengamalkan ilmumu, pasti kau bahagia sekarang. Tetapi, seperti kau tahu, There is no turn Back! Sekarang rasailah azab dari Allah ini bersama - sama dengan kami," kata si iblis dan kaumnya.

Tiba-tiba tersedarku dari mimpi. Astarfirullah. Saat itu, terbayang-bayang difikiranku akan Surah Yassin ayat 65 :

"Pada waktu itu Kami meteraikan mulut mereka (sejurus); dan (memberi peluang kepada) tangan-tangan mereka memberitahu Kami (kesalahan masing-masing), dan kaki mereka pula menjadi saksi tentang apa Yang mereka telah usahakan."

Ya Allah, lindungilah kami dari melakukan apa yang Kau larangi dan dekatkanlah kami dengan amalan-amalan yang Kau redhai.

Friday, August 5, 2011

Aku, Harimau, Buaya, Tikus dan Setitik Madu


Suatu hari, aku pergi bersiar-siar di tepi hutan. Sedang aku menghirup udara rimba yang segar, tiba-tiba aku terdengar satu bunyi.. "Aaauuummmmm!!!". Bunyi harimau yang kelaparan dan hanya menunggu mangsanya saja. Ah! Sudah.. Tanpa berfikir panjang, aku terus lari sekuat hati untuk menyelamatkan diri. Oleh kerana terlalu lapar, harimau itu terus mengejar aku tanpa henti. Aku berasa sangat takut. Lintang pukang aku lari. Sempat juga aku berdoa agar diselamatkan daripada dibaham harimau tadi.
Dengan kuasa Allah, diperlihatkan sebuah perigi di depan mata aku. Jadi, untuk menyelamatkan diri aku pun terjun ke dalam perigi. Perigi tu ada tali dan sebuah timba. Aku bergayut pada tali tersebut. Tali tu pendek saja. Jadi aku terpaksa bergantungan di tengah-tengah perigi.

Di mulut perigi, harimau yang lapar tersebut menungguku. Aku pun berfikirlah macam mana nak menyelamatkan diri, sambil berdoa kepada Allah agar aku diselamatkan. Tengah asyik berfikir macam mana nak selamat, tiba-tiba aku terdengar bunyi kocakan air di bawah perigi. Ya Allah... Bertambah seram dibuatnya. Nak tahu ada apa kat bawah tu? Ada 2 ekor buaya yang kelaparan. Apalah nasib. Sudah jatuh ditimpa tangga. Lagilah aku bertambah takut. Atas ada harimau, bawah ada buaya. Gilo!
Tengah berfikir untuk mencari jalan keluar, tiba-tiba keluar seekor tikus putih dari lubang celah-celah perigi tu lalu naik ke atas ikut tali yang aku bergayut tu. Sampai kat atas, tikus tu gigit tali tu pulak. Cis, kurang ajar punya tikus. Alahhhh... Macamana ni. Pastu, keluar lagi seekor tikus yg berwarna hitam pulak. Naik mengikut tali tadi. Cit!cit! cit!cit! sampai kat atas. Tikus hitam ni pun gigit jugak tali tu. Cis, lagi seekor. Macam mana aku nak buat ni. Habislah jadi mangsa buaya.

Berfikir lagi. Kalau naik kat atas, makan dek harimau. Kalau tunggu tali putus dan jatuh ke bawah, makan dek buaya. Macam mana ni. Sedang aku terus berfikir macam mana nak selamatkan diri, Tiba-tiba terdengar satu bunyi. Bbbbbuuuzzzzzzzzzz... Bunyi lebah bawa madu. Aku pun mendongak ke langit, melihat lebah yang sedang bawa madu tu. Tiba-tiba setitik madu terjatuh dan terus masuk ke dalam mulut aku. Punyalah nikmat rasanya. Memang manis madu ni. Tak pernah aku rasa madu semanis ni. Sedap gila!


Kerana setitik madu, aku terus terlupa pada harimau yang sedang menanti di mulut perigi dan 2 ekor buaya yang menanti di bawah. Manakala tikus hitam dan putih tu terus menggigit tali yang hampir putus.

Jadi, apa yang terjadi pada aku selepas itu?

Aku yang dimaksudkan tu adalah diri kita semuaHarimau yang mengejar tu adalah maut kita. Ajal memang sentiasa mengejar kita. So, sentiasalah beringat-ingat. 2 ekor buaya itu pula adalah malaikat Munkar dan Nakir yang menanti kita di alam kubur nanti. Tali tempat bergayut tadi pula adalah jangka hayat kita. Kalau pendek talinya, maka panjanglah umur kita. Dan kalau panjang talinya, maka pendeklah umur kita. Tikus Putih dan Hitam tu adalah dunia kita siang dan juga malam yang sentiasa menghakis umur kita. Kan tikus tu sedang gigit tali tu.

Madu... Madu yang jatuh setitik ke dalam mulut tersebut adalah nikmat dunia. Bayangkan setitik saja madu tu jatuh ke dalam mulut, terus dia lupa pada harimau dan buaya tu. Macam kitalah. Bila dapat nikmat sikit, terus lupa pada Allah. Waktu susah baru nak ingat Allah. Astaghfirullahalazim...

Tuesday, July 5, 2011

░C░O░U░P░L░E░░I░T░U░░Z░I░N░A░?░?░



 

Keterangan: Ikuti dialog oleh satu pasangan yang sedang berkhalwat tertangkap oleh seorang ustaz. Hayatilah intisari dialog ini, dan muhasabahlah diri kita masing-masing.


 

Pelajar: Kami tidak berzina!


 

Ustaz: Maaf, saya tidak menuduh awak berzina tetapi awak menghampiri zina.


 

Pelajar: Kami hanya berbual-bual, berbincang, bertanya khabar, minum-minum adakah itu menghampiri zina?


 

Ustaz: Ya, perbuatan ini menjerumus pelakunya ke lembah perzinaan.


 

Pelajar: Kami dapat mengawal perasaan dan kami tidak berniat ke arah itu.


 

Ustaz: Hari ini, ya. Besok mungkin kamu kecundang. Kamu dalam bahaya. Jangan bermain dengan bahaya. Iblis dan syaitan akan memerangkap kamu. Sudah banyak tipu daya iblis yang mengena sasaran. Iblis amat berpengalaman dan tipu dayanya amat halus. Ia telah menipu nenek moyang kita yang pertama, Adam dan Hawa. Jangan pula lupa. Siapalah kita berbanding Adam dan Hawa? Ia ada lebih 1001 cara. Ingat pesanan Rasulullah S.A.W.: "Janganlah engkau bersendirian dengan seorang wanita kecuali ketiganya adalah syaitan." (Riwayat Tabrani). Syaitan akan menghembus perasaan berahi, kita lemah untuk menghadapi tipu daya iblis.


 

Pelajar: Tidak semestinya semua orang bercinta menjurus kepada penzinaan. Ada orang bercinta dalam telefon dan hantar SMS sahaja. Tak pernah bersua muka pun.


 

Ustaz: Betul. Itu adalah salah satu yang dimaksudkan dengan menghampiri zina. Memang pada awalnya tidak bersua muka, tapi perasaan pasti bergelora. Lambat laun desakan nafsu dan perasaan serta hasutan iblis akan mengheret kepada suatu pertemuan. Pertemuan pertama tidak akan terhenti di situ sahaja, percayalah, ia akan berlanjutan dan berterusan. Tidakkah itu boleh membawa kepada penzinaan akhirnya?


 

Pelajar: Takkan nak berbual-bual pun tak boleh? Itu zina juga ke?


 

Ustaz: Zina ada bermacam-macam jenis dan peringkatnya, ada zina betul, ada zina tangan (berpegang-pegangan), ada zina mata (melihat kekasihnya dengan perasaan berahi). Melihat auratnya juga zina mata. Zina hati iaitu khayalan berahi dengan kekasih sepertimana yang dinyatakan oleh Rasulullah S.A.W.: "Kedua-dua tangan juga berzina dan zinanya adalah menyentuh. Kedua kakinya juga berzina dan zinanya adalah berjalan (menuju ke tempat pertemuan). Mulut juga berzina dan zinanya ialah ciuman." (Muslim dan Abu Daud). Sebenarnya jalan dan lorong menuju kepada penzinaan amat banyak. Jangan biarkan diri kita berada atau melalui mana-mana jalan atau lorong yang boleh membawa kepada penzinaan.


 

Pelajar: Duduk berdiskusi pelajaran tak boleh ke? Bincang pelajaran sahaja!


 

Ustaz: Berdiskusi pelajaran, betul ke? Jangan tipu. Allah tahu apa yang terselit dalam hati hamba-hambanya. Kita belajar nak keberkatan. Kalau cemerlang sekali pun, kalau tak diberkati Allah, kejayaan tidak akan membawa kebahagiaan. Hidup tidak bahagia, akhirat lebihlah lagi. Jangan berselindung disebalik pelajaran yang mulia. Allah suka kepada orang yang berilmu. Jadi belajar hendaklah ikut batas dan ketentuan Allah. Belajar akan jadi ibadat. Adakah berdiskusi macam ini akan ditulis ibadat oleh malaikat Raqib dan Atiq?


 

Pelajar: Sungguh! Bincang pelajaran sahaja. Ni study group.


 

Ustaz: Study group? nampak macam lain macam saja. Manja, senyum memanjang, tak macam gaya berdiskusi. Takkan study group berdua sahaja? Ke mana-mana pun berdua. Kalau ye pun carilah study group ramai-ramai sedikit. Kalau duduk berdua-dua macam ini.. betul ke bicang pelajaran? Jangan-jangan sekejap saja bincang pelajaran, yang lain tu banyak masa dihabiskan dengan fantasi cinta!


 

Pelajar: Tidaklah. Sungguh berbincang pelajaran.


 

Ustaz: Baik sungguh awak berdua. Takkan awak berdua tak perasan apa-apa? Awak kurang sihat ke? Ingat, kita bukan malaikat, tak ada nafsu. Kita manusia. Jangan nafikan fitrah manusia. Kita ada nafsu, ada keinginan. Itulah manusia.


 

Pelajar: Kami sama-sama belajar, study group, saling memberi semangat dan motivasi.


 

Ustaz: Tak adakah kaum sejenis yang boleh dijadikan rakan belajar? Habis sudahkah kaum sejenis yang boleh memberikan motivasi? Jangan hina kaum sejenis. Ingat banyak orang cemerlang yang belajar hanya dengan kaum sejenis. Lebih tenang perasaan, tidak terganggu, dapat berkat dan rahmat pula.


 

Pelajar: Takkanlah tak ada langsung ruang yang dibenarkan dalam islam untuk bercinta? Adakah islam membunuh terus naluri cinta?


 

Ustaz: Naluri adalah sebahagian daripada kesempurnaan kejadian manusia. Naluri ingin memiliki dan suka kalau dimiliki (sense of belonging) adalah fitrah. Kalau naluri tidak wujud pada diri seseorang, tak normal namanya. Islam bukan datang untuk membunuh naluri seperti yang dilakukan oleh para paderi atau sami. Jangan nafikan naluri ini. Jangan berbohong pada diri sendiri. Bukan salah dan berdosa kalau perasaan itu datang tanpa diundang. Itu adalah fitrah. Maka tundukkan naluri itu untuk patuh pada perintah Allah. Jadilah manusia yang sihat pada nalurinya. Jangan jadi malaikat! kerana Allah ciptakan kita sebagai manusia. Dunia dan segala isinya akan hambar tanpa naluri nafsu.


 

Pelajar: Tentu ada cinta secara Islam.


 

Ustaz: Cinta secara islam hanya satu iaitu perkahwinan. Cinta berlaku setelah ijab qabul; cinta lepas kahwin. Itulah cinta sakral dan qudus. Cinta yang bermaruah. Bukan cinta murahan. Inilah kemuliaan agama kita, Islam. Apabila Islam melarang cinta antara lelaki dan wanita sebelum kahwin, ia membawa kepada sesuatu sebagai ganti yang lebih baik iaitu perkahwinan. Sabda Rasulullah S.A.W.: "Tidak ada yang lebih patut bagi dua orang yang saling mencintai kecuali nikah." (Ibni Majah). Cinta adalah maruah manusia. Ia terlalu mulia.


 

Pelajar: Kalau begitu, cinta semua menghampiri kepada penzinaan?


 

Ustaz: Ya, kalau lelaki dan perempuan bertemu tentu perasaan turut terusik. Kemudian perasaan dilayan. Kemudian teringat, rindu. Kemudian aturkan pertemuan. Kemudian duduk berdua-dua. Kemudian mencari tempat sunyi sedikit. Kemudian berbual panjang sehingga malam gelap. Hubungan makin akrab, dah berani pegang tangan, duduk makin dekat. Kalau tadi macam kawan, sekarang macam pengantin baru. Bukankah mereka semakin hampir dan dekat dengan penzinaan? Penghujung jalan cinta adalah penzinaan dan kesengsaraan. Kasihanilah diri dan ibu bapa yang melahirkan kita dalam keadaan putih bersih tanpa noda seekor nyamuk sekalipun!


 

Pelajar: Masih ramai orang yang bercinta tetapi tetap selamat, tidak sampai berzina. Kami tahan diuji.


 

Ustaz: Allah menciptakan manusia. Dia tahu kekuatan dan kelemahan manusia. Manusia tidak tahan ujian. Oleh itu, Allah memerintahkan supaya diri menjauhi perkara yang ditegah. Takut manusia kecundang.


 

Pelajar: Jadi manusia itu tak tahan diuji?


 

Ustaz: Kita manusia dari keturunan Adam dan Hawa, sejak awal penciptaan manusia, Allah telah mengingatkan manusia bahawa mereka tidak tahan dengan ujian walaupun kecil. Allah takdirkan satu peristiwa untuk iktibar manusia. Allah tegah Adam dan Hawa supaya jangan makan buah Khuldi dalam syurga. Allah tahu kelemahan pada ciptaan manusia. Tak tahan diuji. Oleh itu, Allah berpesan pada Adam dan Hawa, jangan hampiri pokok Khuldi. Firman Allah S.W.T.: "Wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu di dalam syurga serta makanlah dari makanannya sepuas-puasnya, apa sahaja yang kamu berdua sukai dan jangan hampiri pokok ini, (Jika kamu menghampirinya) maka akan menjadilah kamu dari orang-orang yang zalim." (Al-A'araf:ayat 19). Tegahan yang sebenarnya adalah memakan buah Khuldi. Tetapi Allah tahu sifat dan kelemahan Adam dan Hawa. Jika menghampiri perkara yang ditegah, takut nanti mereka akan memakannya kerana mereka tidak dapat mengawal diri. Demikianlah dengan zina. Ditegah zina. Maka jalan ke arah penzinaan juga dilarang. Takut apabila berhadapan dengan godaan penzinaan, kedua-duanya kecundang. Cukuplah kita belajar daripada pengalaman nenek moyang kita Adam dan Hawa.


 

Pelajar: Tetapi cinta lepas kahwin banyak masalah. Kita tak kenal pasangan kita secara dekat. Bercinta adalah untuk mengenali hati budi pasangan sebelum membuat keputusan sebelum berkahwin.


 

Ustaz: Boleh percaya dengan perwatakan masa sedang bercinta? Bercinta penuh dengan lakonan yang dibuat-buat dan kepura-puraan. Masing-masing akan berlakon dengan watak yang terbaik. Penyayang, penyabar, pemurah dan pelbagai lagi. Masa bercinta adalah alam lakonan semata-mata. Masa bercinta, merajuk ada yang akan pujuk. Jangan haraplah lepas kahwin bila merajuk ada yang memujuk. Banyak orang yang kecewa dan tertipu dengan keperibadian pasangan semasa bercinta. Perangai jauh berbeza. Macam langit dan bumi. Masa bercinta, dia seorang yang amat penyayang, sabar tunggu pasangan terlambat berjam-jam. Tapi bila dah kahwin lewat 5 minit dah kene tengking. Jadi, perwatakan masa bercinta adalah suatu kepuraan yang hipokrit.


 

Pelajar: Percayalah kami bercinta demi merancang kebahagiaan hidup nanti.


 

Ustaz: Bagaimana diharap kebahagiaan jika tidak mendapat redha Allah? Kebahagiaan adalah anugerah Allah kepada hamba-hambanya yang terpilih. Kebahagiaan bukan ciptaan manusia. Manusia hanya merancang kebahagiaan. Allah yang akan menganugerahkannya. Bagaimana mendapat anugerah kebahagiaan itu jika jalan mencapainya tidak diredhai Allah. Kebahagiaan hidup berumah tangga mestilah melalui proses yang betul. Sudah tentu prosesnya bukan cinta sebegini. Allah tidak meredhai percintaan ini. Cinta yang diredhai, cinta selepas kahwin. Bagaimana untuk mendapat keluarga yang bahagia jika langkah memulakannya pun sudah canggung. Bagaimana kesudahannya?


 

Pelajar: Tanya sikit adik angkat, kakak angkat, abang angkat boleh ke? Ganti bercinta.


 

Ustaz: Semua itu adalah perangkap syaitan. Hakikatnya sama. Cinta yang diberi nafas baru. Kulitnya nampak berlainan, tapi isinya sama. Adik, abang, kakak angkat adalah suatu bentuk tipu daya iblis dan syaitan. Manusia yang terlibat dalam budaya "angkat" ini sebenarnya telah masuk ke dalam perangkap syaitan. Cuma menunggu masa untuk dikorbankan.


 

Pelajar: Jadi seolah-olah orang yang bercinta telah hilang maruah diri?


 

Ustaz: Mengukur maruah diri bukan ditentukan oleh manusia tetapi oleh Pencipta manusia. Sebab ukuran manusia sering berbeza-beza. Orang yang sedang mabuk bercinta mengatakan orang yang bercinta tidak menjejaskan apa-apa maruah dirinya. Manakala bagi orang yang menjaga diri, tidak mahu terlibat dengan cinta sebelum kahwin akan mengatakan orang yang bercinta sudah tidak bermaruah. Cintanya ditumpahkan kepada orang yang belum layak menerima cinta suci. Kalau begitu ukuran maruah atau tidak ditentukan oleh Allah.


 

Pelajar: Adakah orang yang bercinta hilang maruah?


 

Ustaz: Antara kemuliaan manusia ialah maruah dirinya. Orang yang bercinta seolah-olah cuba menggadaikan maruahnya kerana mereka sedang menghampiri penzinaan. Manakala orang yang bercinta dan pernah berzina tidak layak berkahwin kecuali dengan orang yang pernah berzina juga. Mereka tidak layak untuk berkahwin dengan orang yang beriman. Allah berfirman: "Lelaki yang berzina(lazimnya) tidak ingin berkahwin melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik; dan perempuan yang berzina itu pula(lazimnya) tidak ingin berkahwin dengannya melainkan oleh lelaki yang berzina atau lelaki musyrik.Dan perkahwinan yang demikian terlarang kepada orang-orang yang beriman." (Surah an-Nur:Ayat3). Jadi orang yang pernah bercinta juga tidak sesuai untuk berkahwin dengan orang yang tidak pernah bercinta. Tidakkah itu suatu penghinaan dari Tuhan.


 

Pelajar: Jadi orang yang bercinta hanya layak berkahwin dengan orang pernah bercinta?


 

Ustaz: Itulah pasangan yang layak untuk dirinya kerana wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Lelaki yang baik untuk wanita yang baik.


 

Pelajar: Kami telah berjanji untuk sehidup semati.


 

Ustaz: Apa yang ada pada janji cinta? Berapa banyak sudah janji cinta yang musnah? Lelaki, jangan diharap pada janji lelaki. Mereka hanya menunggu peluang keemasan sahaja. Habis madu, sepah dibuang. Pepatah itu diungkap kerana ia sering berulang sehingga menjadi pepatah.


 

Pelajar: Masihkah ada orang yang tidak bercinta pada zaman ini?


 

Ustaz: Ya, masih ada orang yang suci dalam debu. Golongan ini sentiasa ada walaupun jumlah mereka kecil. Mereka akan bertemu suatu hari nanti. Mereka ada pasangannya. Firman Allah S.W.T.: "Dan orang-orang lelaki yang memelihara kehormatannya serta orang-orang perempuan yang memelihara kehormatannya (yang memelihara dirinya daripada melakukan zina) Allah telah menyediakan bagi mereka semuanya keampunan dan pahala yang besar." (Al-Ahzab:ayat 35).


 

Pelajar: Bagaimana kami?


 

Ustaz: Kamu masih ada peluang. Bertaubatlah dengan taubat nasuha. Berdoalah serta mohon keampunan dariNya. Mohonlah petunjuk dan kekuatan untuk mendapat redhaNya.


 

Pelajar: Kami ingin mendapat redha Tuhan. Tunjukkan bagaimana taubat nasuha.


 

Ustaz: Taubat yang murni. Taubat yang sebenar-benarnya. Taubat yang memenuhi 3 syarat: 1.Tinggalkan perbuatan maksiat. Putuskan hubungan cinta yang tidak diredhai Allah ini. 2.Menyesal. Menginsafi diri atas tindak tanduk hidup yang menjurus diri dalam percintaan. 3.Berazam. Bertekad di dalam hati tidak akan bercinta lagi dengan sesiapa kecuali dengan seseorang yang bernama isteri atau suami. Saatnya adalah setelah ijab Kabul.


 

Pelajar: Ya Allah. Hambamu telah tersesat jalan. Ampunilah dosa-dosa hambamu ini. Sesungguhnya engkau Maha Pengampun dan Maha Penerima Taubat. Berilah kekuatan kepadaku untuk menghadapi godaan keremajaan ini. Anugerahkan kepadaku perasaan benci kepada maksiat. Hiasilah diriku dengan akhlak yang mulia. Ibu dan ayah, anakmu berdosa. Engkau jagaku sedari kecil dengan kasih sayang. Mengapa kucurahkan kasihku kepada orang lain. Oh tuhan, hambamu yang berdosa. Amin, Ya Rabb.


 

Ustaz: Moga Allah terima taubatmu.


 

Pelajar: Kita berpisah kerana Allah, kalau ada jodoh tidak ke mana.


 

Ustaz: Ya Allah, bantulah mereka. Kini mereka datang ke pintuMu, mencari redhaMu, terimalah taubat mereka..


 
*Petikan dari sebuah note di Facebook yang aku tak ingat editornye… Semoga semua orang faham mengenai mesej yang ingin disampaikan…. Amin~~

Thursday, June 30, 2011

Owh….daku agak busy la skang nih…ta sempat na update blog…

Ta pe la…next time aku update lagi dgn pandangan2 aku yang terbaru mengenai isu2 yg aku baru dengar dan baru tau…

Ahahaha….

Dan dengan ini, aku terus menekan butang Publish Post….Tata~~