If Tomorrow Never Comes-Ronan Keating

Friday, August 12, 2011

Bismillahirrahmanirrahim…

            Masalah sosial dalam masyarakat hari ini semakin membimbangkan. Terbaru, sebuah gereja di Damansara Utama telah diserbu oleh pihak berkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan mendapati seramai 12 orang Islam menyertai sebuah makan malam yang mencurigakan dipercayai adalah untuk memurtadkan diri mereka. Memetik petikan akhbar Harian Metro bertarikh 7 Ogos 2011, salah seorang yang ditahan yang hanya ingin dikenali sebagai Nur memberitahu bahawa dia terpaksa menerima bantuan daripada pihak gereja berikutan masalah kesempitan wang dan hidup. Ternyata banyak masalah yang berlaku dalam kalangan masyarakat kita ini berkait rapat dengan ekonomi dan taraf hidup masyarakat.

            Disebabkan masalah-masalah sosial yang dihadapi masyarakat pada hari ini, saya sebagai pelajar yang akan menyambung pegajian ke peringkat ijazah telah membuat keputusan untuk menyambung pelajaran saya dalam bidang Sains Pentadbiran di Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Shah Alam. Ditanya mengapa saya memilih jurusan Sains Pentadbiran? Hal ini disebabkan bidang ini mempunyai kaitan yang sangat rapat dalam hal-hal berkaitan ekonomi, perundangan, dan pengurusan kewangan. Selain itu, bidang ini juga menitik beratkan hubungan antara kaum yang menjadi tunjang kemakmuran Negara kita selama ini. Hal ini dapat dibuktikan dengan adanya subjek “Hubungan Antara Etnik (Ethnic Relations)” pada semester yang ke 3. Perkara yang paling penting ialah jurusan ini juga menitik beratkan penerapan nilai ekonomi Islam dimana pelajar perlu lulus subjek “Ekonomi Islam (Islamic Economy)” pada semester yang ke 4. Secara umumnya, jurusan ini adalah lebih kepada pemelajaran dalam bidang ekonomi dan pentadbiran ekonomi. Penguasaan ekonomi masyarakat Melayu yang masih berada pada tahap sangat rendah juga merupakan salah satu sebab saya memilih jurusan ini dalam peringkat ijazah.

Tuan yang mulia,
Sepertimana firman Allah di dalam Al-Quran yang bermaksud,
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri”.
Surah Ar-Ra'd (ayat 11)                  

Jadi, tujuan utama saya mendalami bidang ini adalah untuk mengubah nasib bangsa dan agama Islam dalam Negara kita yang merdeka ini. Harus kita ketahui keadaan Negara kita yang sebenarnya tidak stabil dari segi sosioekonominya. Kaum Cina menguasai hampir 90% ekonomi di Negara kita. Kaum India pula menguasai bidang pendidikan. Dapat kita lihat penguasaan mereka semakin hari, semakin ketara. Sedangkan kaum Melayu cuma masih berkuasa dalam bidang politik. Kita tiada tempat dalam bidang ekonomi dan pendidikan. Jika institusi politik kita jatuh, maka tiada lagi Tanah Melayu dalam peta dunia. Dalam menjaga kepentingan kaum Melayu dan keistimewaannya, selaras dengan Perkara 153 dalam Perlembagaan Malaysia, ilmu dan sifat kepimpinan perlu dipupuk sedari awal lagi. Terutamanya dalam kalangan pemuda dan pemudi Melayu yang semakin hari, semakin hanyut dibuai mimpi indah dalam alam percintaan. Mereka semakin berpaling dari ajaran agama Islam. Sehingga ramai dalam kalangan pemuda dan pemudi Melayu akhirnya murtad dari agama Islam. Ini dapat dibuktikan dengan wujudnya satu kumpulan di laman sosial ‘Facebook’, Murtads in Malaysia and Singapore mempunyai hampir 500 orang ahli yang kebanyakannya adalah pemuda Melayu. Hanya dengan cara menuntut ilmu dan mempelajari hukum agama sahaja dapat mencegah daripada merebaknya “penyakit” murtad ini ke peringkat yang lebih kritikal.

            Selain itu, Rasulullah S.A.W bersabda yang membawa maksud :
Rasulullah S.A.W bersabda : "Allah melaknat pemakan riba, pembayarnya, penulisnya dan dua orang saksinya ."
(Riwayat Daraqutni daripada Abdullah bin Handullah)
Jelas di sini Rasulullah S.A.W telah memberi amaran kepada kita bahawa Allah S.W.T melarang kita daripada mengamalkan sistem riba’ ataupun mempunyai kaitan dengan sistem itu. Dapat kita lihat hari ini, kehidupan kita kebanyakannya terdedah kepada amalan riba seperti pinjaman bank yang mempunyai faedah pinjaman, bayaran ansuran bulanan kenderaan, pulangan saham dalam syarikat dan bermacam-macam lagi. Dalam bidang Sains Pentadbiran semester ke 4, pelajar perlu mempelajari mengenai Ekonomi Islam yang berlandaskan syarak. Dengan itu, generasi yang akan memimpin pada masa hadapan dapat membuat perubahan kepada system ekonomi Malaysia yang masih berkait dengan amalan riba yang sebenarnya tidak menguntungkan sesiapa dan menyebabkan golongan kaya menjadi bertambah kaya manakala golongan miskin menjadi bertambah miskin. Ekonomi Islam yang kini semakin diperkatakan di seluruh dunia mempunyai nilai yang sangat tinggi dalam pasaran. Nilai Dinar Emas di seluruh dunia yang sangat kukuh semakin diperakui oleh Negara kuasa ekonomi antarabangsa seperti Amerika Syarikat. Jadi, subjek ini sebenarnya membuka lebih banyak peluang kepada graduan untuk mencuba sesuatu yang baru; sekaligus, dapat menyelamatkan Negara daripada krisis ekonomi dunia yang terlalu bergantung kepada Amerika Syarikat dan yang paling penting, dapat mencegah kita daripada terus melakukan amalan riba.

            Seterusnya adalah mengenai UiTM Shah Alam, tempat di mana saya akan menuntut nanti. UiTM Shah Alam pada asalnya adalah Institut Teknologi Mara (ITM) yang dulunya merupakan sebuah institusi yang menghasilkan ramai graduan berkualiti dan berkebolehan. Namun, graduan hari ini sering mengambil mudah mengenai akademik mereka. Setibanya di universiti, mereka lebih banyak menghabiskan masa untuk mencari kekasih, bermadu asmara, dan melakukan perkara-perkara terkutuk seperti zina, berkhalwat dan lain-lain. Gejala berpasang-pasangan pula seperti trend yang tidak boleh ditinggalkan. Mempunyai kekasih yang belum mempunyai ikatan yang sah seperti keperluan yang tidak boleh ditinggalkan mahasiswa dan mahasiswi masa kini. Di sebabkan itu, saya berasa, adalah merupakan tanggung jawab saya untuk memperbetulkan keadaan ini. Saya berharap, ramai graduan yang sedar akan kesalahan mereka dari hukum syarak dan bertaubat selepas sekian lama bergelumang dengan dosa zina. Selaras dengan firman Allah dalam surah Al-Isra’, ayat 32 yang bermaksud,

“Dan janganlah kamu menghampiri zina. Sesungguhnya zina itu merupakan jalan yang keji dan jalan yang jahat.”


            Akhir sekali, saya berharap akan ada pihak yang sudi membantu saya dalam memperjuangkan kepentingan bangsa dan agama dalam Negara kita. Saya juga berharap agar ada sahabat-sahabat yang mempunyai perjuangan yang sma dengan saya di sana nanti. Dan semoga Allah sentiasa memberkati kita dan membalasnya dengan kebaikan. Kerana ada ulama’ yang pernah memberitahu saya dalam kuliah agamanya, Nabi S.A.W memberitahu sahabat bahawa pada akhir zaman nanti, golongan yang memperjuangkan agama adalah terdiri daripada golongan-golongan yang jahil, manakala golongan yang mempunyai ilmu pula senyap dan mendustakan ayat-ayat Allah…Nauzubikahiminzalik.

Sunday, August 7, 2011

Tuhan, kenapa aku masih berada di sini? Bukankah aku dahulu selalu bersedekah di masjid-masjid? Bukankah aku dahulu sentiasa membantu sahabat-sahabatku yang kesusahan? Bukankah aku dahulu sentiasa memberi peringatan kepada sahabat-sahabatku? Kenapa aku masih ada di Neraka-Mu ini?

Tuhan, mana pergi amalan-amalan baik yang aku lakukan dahulu? Tidakkah aku telah menggunakan kudratku untuk jalan dakwah? Oh Tuhan. Dengarlah rintihan aku ini.

(Tiba-tiba)

Tangannya terangkat dan berkata, "Aku dahulu memasukkan duit ke dalam tabung kerana aku inginkan pujian sahabat-sahabatku terutamanya mereka yang berlainan jantina denganku."

Kakinya tiba-tiba bersuara,'aku berjalan pergi berdakwah semata-mata ingin menonjolkan diriku di hadapan orang lain bahawa aku ini seorang yang Alim dan Soleh. Aku ingin manusia melihat betapa aku ini hebat berdakwah dan kaya dengan ilmu agama.'

Mulutnya tiba-tiba menyanggah, 'ah, kau ni. Kononnya mulut kau ini kau gunakan untuk mengingatkan sahabat-sahabat kau, tetapi hakikatnya kau tidak mengamalkannya! Kau suruh orang jauhi zina tetapi kau dengan mudah ber'chit chat' dengan teman-temanmu yang berlainan jantina dan bercakap perkara-perkara yang tidak sepatutnya! Kau suruh orang bersedekah dan berbuat baik, tetapi diri kau? Pernah kau cerminkan diri kau? berapa banyak harta kau yang kau laburkan untuk Akhirat? dan berapa peratus nilai keihklasanmu di dalamnya?

Telinga yang hanya mendengar dari tadi turut tidak melepaskan peluang.'Hey hey, nanti dulu. Kau jangan lupa, telinga kau ni, kau gunakan untuk apa? Ingat tidak pada suatu ketika dahulu, kau menggunakannya untuk mendengar lembut suara si dia yang bukan muhrim mu? Apa kau sudah lupa ketika nafsu kau sudah menewaskan akal dan Iman mu, kau asyik dalam kecintaan kau pada dia yang tidak halal bagimu? Apa kau ingat semua ini bukan dosa? Mana perginya tazkirah yang kau beri dahulu kepada teman-temanmu? Apa yang kau ingatkan mereka? Sudah lupa? Kau mengatakan La Takrabu Zina. Punya kau bersemangat memberi ceramah mengenai bahaya pujuk rayu Syaitan, tetapi mengapa kau yang tertewas dengan pujuk rayu si Durjana tu?

Hati yang kehitam hitaman tiba-tiba mencelah, "itulah kau manusia. Sudah kerugian kau di sini bukan? Bukankah Guru-guru mu sentiasa berpesan, pastikan kau lakukan sesuatu dengan niat yang ikhlas. Bukankah kau sudah tahu benar segala amalan tanpa niat yang ikhlas umpama buih di lautan. Segala kebaikanmu itu habis hancur berkecai. Dahulu bila kau dianugerahkan dengan nikmat yang banyak, kau lupa diri.

Kau sombong! Keihklasanmu lenyap sekelip mata. Syukur mu kian menipis. Bongkak mu kian meninggi. Apa kau sudah lupa hakikatnya kau cuma manusia lemah ciptaan Si Maha Besar? Bukankah sifat sombong hanya milik mutlak Allah? Kau tahu bukan si durjana Iblis dihalau dari Syurga kerana kesombongannya? Si Firauan binasa kerana bongkaknya? Si namrud dihina kerana takburnya? Jadi kenapa kau tidak belajar dari pengajaran ini?

Betapa dirimu rugi hari ini wahai manusia. Andai didunia dahulu kau mengamalkan ilmumu, pasti kau bahagia sekarang. Tetapi, seperti kau tahu, There is no turn Back! Sekarang rasailah azab dari Allah ini bersama - sama dengan kami," kata si iblis dan kaumnya.

Tiba-tiba tersedarku dari mimpi. Astarfirullah. Saat itu, terbayang-bayang difikiranku akan Surah Yassin ayat 65 :

"Pada waktu itu Kami meteraikan mulut mereka (sejurus); dan (memberi peluang kepada) tangan-tangan mereka memberitahu Kami (kesalahan masing-masing), dan kaki mereka pula menjadi saksi tentang apa Yang mereka telah usahakan."

Ya Allah, lindungilah kami dari melakukan apa yang Kau larangi dan dekatkanlah kami dengan amalan-amalan yang Kau redhai.

Friday, August 5, 2011

Aku, Harimau, Buaya, Tikus dan Setitik Madu


Suatu hari, aku pergi bersiar-siar di tepi hutan. Sedang aku menghirup udara rimba yang segar, tiba-tiba aku terdengar satu bunyi.. "Aaauuummmmm!!!". Bunyi harimau yang kelaparan dan hanya menunggu mangsanya saja. Ah! Sudah.. Tanpa berfikir panjang, aku terus lari sekuat hati untuk menyelamatkan diri. Oleh kerana terlalu lapar, harimau itu terus mengejar aku tanpa henti. Aku berasa sangat takut. Lintang pukang aku lari. Sempat juga aku berdoa agar diselamatkan daripada dibaham harimau tadi.
Dengan kuasa Allah, diperlihatkan sebuah perigi di depan mata aku. Jadi, untuk menyelamatkan diri aku pun terjun ke dalam perigi. Perigi tu ada tali dan sebuah timba. Aku bergayut pada tali tersebut. Tali tu pendek saja. Jadi aku terpaksa bergantungan di tengah-tengah perigi.

Di mulut perigi, harimau yang lapar tersebut menungguku. Aku pun berfikirlah macam mana nak menyelamatkan diri, sambil berdoa kepada Allah agar aku diselamatkan. Tengah asyik berfikir macam mana nak selamat, tiba-tiba aku terdengar bunyi kocakan air di bawah perigi. Ya Allah... Bertambah seram dibuatnya. Nak tahu ada apa kat bawah tu? Ada 2 ekor buaya yang kelaparan. Apalah nasib. Sudah jatuh ditimpa tangga. Lagilah aku bertambah takut. Atas ada harimau, bawah ada buaya. Gilo!
Tengah berfikir untuk mencari jalan keluar, tiba-tiba keluar seekor tikus putih dari lubang celah-celah perigi tu lalu naik ke atas ikut tali yang aku bergayut tu. Sampai kat atas, tikus tu gigit tali tu pulak. Cis, kurang ajar punya tikus. Alahhhh... Macamana ni. Pastu, keluar lagi seekor tikus yg berwarna hitam pulak. Naik mengikut tali tadi. Cit!cit! cit!cit! sampai kat atas. Tikus hitam ni pun gigit jugak tali tu. Cis, lagi seekor. Macam mana aku nak buat ni. Habislah jadi mangsa buaya.

Berfikir lagi. Kalau naik kat atas, makan dek harimau. Kalau tunggu tali putus dan jatuh ke bawah, makan dek buaya. Macam mana ni. Sedang aku terus berfikir macam mana nak selamatkan diri, Tiba-tiba terdengar satu bunyi. Bbbbbuuuzzzzzzzzzz... Bunyi lebah bawa madu. Aku pun mendongak ke langit, melihat lebah yang sedang bawa madu tu. Tiba-tiba setitik madu terjatuh dan terus masuk ke dalam mulut aku. Punyalah nikmat rasanya. Memang manis madu ni. Tak pernah aku rasa madu semanis ni. Sedap gila!


Kerana setitik madu, aku terus terlupa pada harimau yang sedang menanti di mulut perigi dan 2 ekor buaya yang menanti di bawah. Manakala tikus hitam dan putih tu terus menggigit tali yang hampir putus.

Jadi, apa yang terjadi pada aku selepas itu?

Aku yang dimaksudkan tu adalah diri kita semuaHarimau yang mengejar tu adalah maut kita. Ajal memang sentiasa mengejar kita. So, sentiasalah beringat-ingat. 2 ekor buaya itu pula adalah malaikat Munkar dan Nakir yang menanti kita di alam kubur nanti. Tali tempat bergayut tadi pula adalah jangka hayat kita. Kalau pendek talinya, maka panjanglah umur kita. Dan kalau panjang talinya, maka pendeklah umur kita. Tikus Putih dan Hitam tu adalah dunia kita siang dan juga malam yang sentiasa menghakis umur kita. Kan tikus tu sedang gigit tali tu.

Madu... Madu yang jatuh setitik ke dalam mulut tersebut adalah nikmat dunia. Bayangkan setitik saja madu tu jatuh ke dalam mulut, terus dia lupa pada harimau dan buaya tu. Macam kitalah. Bila dapat nikmat sikit, terus lupa pada Allah. Waktu susah baru nak ingat Allah. Astaghfirullahalazim...