If Tomorrow Never Comes-Ronan Keating

Friday, August 12, 2011

Bismillahirrahmanirrahim…

            Masalah sosial dalam masyarakat hari ini semakin membimbangkan. Terbaru, sebuah gereja di Damansara Utama telah diserbu oleh pihak berkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan mendapati seramai 12 orang Islam menyertai sebuah makan malam yang mencurigakan dipercayai adalah untuk memurtadkan diri mereka. Memetik petikan akhbar Harian Metro bertarikh 7 Ogos 2011, salah seorang yang ditahan yang hanya ingin dikenali sebagai Nur memberitahu bahawa dia terpaksa menerima bantuan daripada pihak gereja berikutan masalah kesempitan wang dan hidup. Ternyata banyak masalah yang berlaku dalam kalangan masyarakat kita ini berkait rapat dengan ekonomi dan taraf hidup masyarakat.

            Disebabkan masalah-masalah sosial yang dihadapi masyarakat pada hari ini, saya sebagai pelajar yang akan menyambung pegajian ke peringkat ijazah telah membuat keputusan untuk menyambung pelajaran saya dalam bidang Sains Pentadbiran di Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Shah Alam. Ditanya mengapa saya memilih jurusan Sains Pentadbiran? Hal ini disebabkan bidang ini mempunyai kaitan yang sangat rapat dalam hal-hal berkaitan ekonomi, perundangan, dan pengurusan kewangan. Selain itu, bidang ini juga menitik beratkan hubungan antara kaum yang menjadi tunjang kemakmuran Negara kita selama ini. Hal ini dapat dibuktikan dengan adanya subjek “Hubungan Antara Etnik (Ethnic Relations)” pada semester yang ke 3. Perkara yang paling penting ialah jurusan ini juga menitik beratkan penerapan nilai ekonomi Islam dimana pelajar perlu lulus subjek “Ekonomi Islam (Islamic Economy)” pada semester yang ke 4. Secara umumnya, jurusan ini adalah lebih kepada pemelajaran dalam bidang ekonomi dan pentadbiran ekonomi. Penguasaan ekonomi masyarakat Melayu yang masih berada pada tahap sangat rendah juga merupakan salah satu sebab saya memilih jurusan ini dalam peringkat ijazah.

Tuan yang mulia,
Sepertimana firman Allah di dalam Al-Quran yang bermaksud,
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri”.
Surah Ar-Ra'd (ayat 11)                  

Jadi, tujuan utama saya mendalami bidang ini adalah untuk mengubah nasib bangsa dan agama Islam dalam Negara kita yang merdeka ini. Harus kita ketahui keadaan Negara kita yang sebenarnya tidak stabil dari segi sosioekonominya. Kaum Cina menguasai hampir 90% ekonomi di Negara kita. Kaum India pula menguasai bidang pendidikan. Dapat kita lihat penguasaan mereka semakin hari, semakin ketara. Sedangkan kaum Melayu cuma masih berkuasa dalam bidang politik. Kita tiada tempat dalam bidang ekonomi dan pendidikan. Jika institusi politik kita jatuh, maka tiada lagi Tanah Melayu dalam peta dunia. Dalam menjaga kepentingan kaum Melayu dan keistimewaannya, selaras dengan Perkara 153 dalam Perlembagaan Malaysia, ilmu dan sifat kepimpinan perlu dipupuk sedari awal lagi. Terutamanya dalam kalangan pemuda dan pemudi Melayu yang semakin hari, semakin hanyut dibuai mimpi indah dalam alam percintaan. Mereka semakin berpaling dari ajaran agama Islam. Sehingga ramai dalam kalangan pemuda dan pemudi Melayu akhirnya murtad dari agama Islam. Ini dapat dibuktikan dengan wujudnya satu kumpulan di laman sosial ‘Facebook’, Murtads in Malaysia and Singapore mempunyai hampir 500 orang ahli yang kebanyakannya adalah pemuda Melayu. Hanya dengan cara menuntut ilmu dan mempelajari hukum agama sahaja dapat mencegah daripada merebaknya “penyakit” murtad ini ke peringkat yang lebih kritikal.

            Selain itu, Rasulullah S.A.W bersabda yang membawa maksud :
Rasulullah S.A.W bersabda : "Allah melaknat pemakan riba, pembayarnya, penulisnya dan dua orang saksinya ."
(Riwayat Daraqutni daripada Abdullah bin Handullah)
Jelas di sini Rasulullah S.A.W telah memberi amaran kepada kita bahawa Allah S.W.T melarang kita daripada mengamalkan sistem riba’ ataupun mempunyai kaitan dengan sistem itu. Dapat kita lihat hari ini, kehidupan kita kebanyakannya terdedah kepada amalan riba seperti pinjaman bank yang mempunyai faedah pinjaman, bayaran ansuran bulanan kenderaan, pulangan saham dalam syarikat dan bermacam-macam lagi. Dalam bidang Sains Pentadbiran semester ke 4, pelajar perlu mempelajari mengenai Ekonomi Islam yang berlandaskan syarak. Dengan itu, generasi yang akan memimpin pada masa hadapan dapat membuat perubahan kepada system ekonomi Malaysia yang masih berkait dengan amalan riba yang sebenarnya tidak menguntungkan sesiapa dan menyebabkan golongan kaya menjadi bertambah kaya manakala golongan miskin menjadi bertambah miskin. Ekonomi Islam yang kini semakin diperkatakan di seluruh dunia mempunyai nilai yang sangat tinggi dalam pasaran. Nilai Dinar Emas di seluruh dunia yang sangat kukuh semakin diperakui oleh Negara kuasa ekonomi antarabangsa seperti Amerika Syarikat. Jadi, subjek ini sebenarnya membuka lebih banyak peluang kepada graduan untuk mencuba sesuatu yang baru; sekaligus, dapat menyelamatkan Negara daripada krisis ekonomi dunia yang terlalu bergantung kepada Amerika Syarikat dan yang paling penting, dapat mencegah kita daripada terus melakukan amalan riba.

            Seterusnya adalah mengenai UiTM Shah Alam, tempat di mana saya akan menuntut nanti. UiTM Shah Alam pada asalnya adalah Institut Teknologi Mara (ITM) yang dulunya merupakan sebuah institusi yang menghasilkan ramai graduan berkualiti dan berkebolehan. Namun, graduan hari ini sering mengambil mudah mengenai akademik mereka. Setibanya di universiti, mereka lebih banyak menghabiskan masa untuk mencari kekasih, bermadu asmara, dan melakukan perkara-perkara terkutuk seperti zina, berkhalwat dan lain-lain. Gejala berpasang-pasangan pula seperti trend yang tidak boleh ditinggalkan. Mempunyai kekasih yang belum mempunyai ikatan yang sah seperti keperluan yang tidak boleh ditinggalkan mahasiswa dan mahasiswi masa kini. Di sebabkan itu, saya berasa, adalah merupakan tanggung jawab saya untuk memperbetulkan keadaan ini. Saya berharap, ramai graduan yang sedar akan kesalahan mereka dari hukum syarak dan bertaubat selepas sekian lama bergelumang dengan dosa zina. Selaras dengan firman Allah dalam surah Al-Isra’, ayat 32 yang bermaksud,

“Dan janganlah kamu menghampiri zina. Sesungguhnya zina itu merupakan jalan yang keji dan jalan yang jahat.”


            Akhir sekali, saya berharap akan ada pihak yang sudi membantu saya dalam memperjuangkan kepentingan bangsa dan agama dalam Negara kita. Saya juga berharap agar ada sahabat-sahabat yang mempunyai perjuangan yang sma dengan saya di sana nanti. Dan semoga Allah sentiasa memberkati kita dan membalasnya dengan kebaikan. Kerana ada ulama’ yang pernah memberitahu saya dalam kuliah agamanya, Nabi S.A.W memberitahu sahabat bahawa pada akhir zaman nanti, golongan yang memperjuangkan agama adalah terdiri daripada golongan-golongan yang jahil, manakala golongan yang mempunyai ilmu pula senyap dan mendustakan ayat-ayat Allah…Nauzubikahiminzalik.

No comments:

Post a Comment